Pages

Friday 8 April 2011

AHLAN WASAHLAN

BIODATA

USRATI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

OBJEKTIF KHUSUS/HASIL PEMBELAJARAN

LANGKAH PENGAJARAN

DEFINISI MASDAR

CONTOH MASDAR

JENIS MASDAR

POLA MASDAR SARIH

SAMA'IY

POLA MASDAR THULATHIY


POLA MASDAR THULATHIY

  • Abduh al- Rajiy  (1984:66) menjelaskan bahawa kebanyakan masdar thulathiy bukannya dalam bentuk qiyasiy tetapi lebih kepada sima’iy. Namun, ulama nahu arab cuba meletakkan beberapa garis panduan untuk memudahkan mengenali masdar thulathiy. Garis panduan tersebut adalah seperti berikut : 
  •  Kebanyakan kata kerja thulathiy yang menunjukkan jenis pekerjaan pola masdarnya ialah  فِعَالة  seperti      زِرَاعةزَرَعَ  . perkataan kata kerja زَرَعَ  bermaksud menanam dan masdarnya pula bermaksud penanaman.
  •    Kebanyakan kata kerja thulathiy yang menunjukkan jenis pergerakan dan gegaran, pola masdarnya ialah فَعَلان seperti خفَقَانَ : خفَقَ. Perkataan kata kerja خفَقَ bermaksud bergetar. Masdarnya pula bermaksud  getara.
  •   Kebanyakan kata kerja thulathiy yang menunjukkan jenis penyakit, pola masdarnya ialah فُعَال  seperti صَدَعَ : صُدَاع  . perkataan kata kerja صَدَعَ bermaksud berasa pening. Masdarnya bermaksud pening kepala.
  •  Kebanyakan kata kerja thulathiy yang menunjukkan jenis suara maka pola masdarnya ialah : فُعَال atau فَعِيْل  seperti  صَرَخَ صُرَاخ  dan زَئر  زَأَرَ .Maksud kata kerja صَرَخَ ialah menjerit. Masdarnya pula bermaksud jeritan. Kata kerja  زَأَر bermaksud mengaum. Masdarnya bermaksud ngauman.
  •    Kebanyakan kata kerja thulathiy yang menunjukkan jenis warna, pola masdarnya ialah  فُعْلة seperti حَمَر : حُمْرَة  .Maksud kata kerja حَمَر ialah berwarna merah . masdarnya pula bermaksud kemerah-merahan.
  • Kebanyakan kata kerja thulathiy yang menunjukkan keaiban dan kecacatan, pola masdarnya ialah فَعْل seperti عَرْج   : عَرِجَ .Kata kerja عَرِجَ bermaksud tempang dan masdarnya bermaksud ketempangan.
  •   Kebanyakan kata kerja thulathiy yang menunjukkan mu’alajat, pola masdarnya ialah  فُعُوْل . Fakhr al-Din Qabawat (1988:133) menjelaskan maksud mu’ajalat ialah kesungguhan melakukan sesuatu perbuatan sehingga berjaya mengatasi kesukaran. Contohnya seperti perkataan     صَعَدَ : صُعُود. Maksud kata kerja صَعَدَ ialah menaiki atau mendaki. Masdarnya bermaksud pendakian.
  •  Kebanyakan kata kerja thulathiy yang menunjukkan makna perjalanan, pola masdarnya ialah  فَعِيْل seperti  .رَحَلَ : رَحِيْل Maksud kata kerja  رَحَلَ ialah berjalan. Masdarnya bermaksud perjalanan.


  • Terdapat juga dalam kalangan ahli bahasa yang membahagikan pola masdar thulathiy seperti berikut :

  1.              Kebanyakan kata kerja thulathiy muta’addiy (transitif), pola masdarnya ialah   فَعْل seperti حَمِدَ : حَمْد. Maksud kata kerja حَمِدَ ialah memuji. Masdarnya pula bermaksud pujian.
  2.         Kebanyakan kata kerja thulathiy lazim (tidak transitif), pola masdarnya ialah فَعَل seperti تَعِبَ : تَعَب  . Maksud kata kerja تَعِبَ ialah letih. Masdarnya bermaksud keletihan.
  3.         Kebanyakan kata kerja thulathiy lazim yang berbaris fathah huruf  kedua, pola masdarnya ialah فُعُوْل  seperti دَخَلَ : دُخُوْل. Maksud kata kerja دَخَلَ ialah masuk. Masdarnya bermaksud kemasukan. Namun jika huruf keduanya mu’tal maka kebanyakan pola masdarnya ialah : فَعْل atau فِعَال seperti صَامَ : صَوْم أو صِيَام

          Maksud kata kerja صَامَ ialah berpuasa. Masdarnya bermaksud puasa.
  1.  4   Kebanyakan kata kerja thulathiy lazim yang berbaris dhammah huruf kedua, maka pola masdarnya sama ada : فَعَالة seperti  شَجُعَ : شَجَاعَة atau  فُعُوْلة seperti .سَهُلَ : سُهُوْلة Maksud kata kerja شَجُعَ ialah berani. Masdarnya bermaksud keberanian. Kata kerja سَهُلَ bermaksud mudah. Masdarnya bermaksud kemudahan.


  •  Walau bagaimanapun cara tepat untuk mengetahui pola masdar sama’iy adalah dengan merujuk kamus-kamus bahasa arab.

CONTOH SOALAN SUBJEKTIF

Thursday 7 April 2011

RUJUKAN